ARAHAN PENTADBIRAN
TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT KIARA

ARAHAN PENTADBIRAN PERKUBURAN ISLAM BUKIT KIARA, JALAN DAMANSARA KUALA LUMPUR 

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI )

1. Tanah Perkuburan ini HANYA DIPERUNTUKAN kepada penduduk di Kawasan Kariah Taman Tun Dr. Ismail, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Damansara dan Bangsar , KECUALI dengan kebenaran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Merangkap Setiausaha MAIWP atau Kebenaran Pengerusi MAIWP.

2. Anak-anak kariah yang dibenarkan dikebumikan di Tanah perkuburan ini ialah anak kariah : 

  • Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail; 
  • Masjid Al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail; 
  • Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara; 
  • Masjid Abu Bakar Al-Siddiq, Bangsar; dan
  • Lain-lain dengan kebenaran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Merangkap Setiausaha MAIWP atau Kebenaran Pengerusi MAIWP.

3. Sebelum membuat tempahan pengkebumian, pihak waris dikehendaki mendapatkan perkara-perkara berikut:

  • Permit Menguburkan daripada pihak berkuasa; dan 
  • Pengesahan anak kariah daripada Imam atau Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid; atau 
  • Kebenaran dari Pengarah JAWI. 

4. Semasa membuat tempahan, perlu diserahkan kepada petugas perkuburan :

  • Permit Menguburkan; 
  • Pengesahan Anak Kariah; 
  • Borang Tempahan Kubur; dan 
  • Bayaran pengkebumian ( Resit bayaran akan dikeluarkan setelah bayaran dibuat)

5. Rekabentuk, saiz, warna dan bahan bagi set nisan dan kepungan kuburan hendaklah mengikut spesifikasi JAWI.

6. Sebarang kemuskilan hendaklah berhubung dengan penyelia tanah perkuburan atau Pegawai di Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tel No : 03-22749333 

Arahan : Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50676 Kuala Lumpur

Pautan Pantas