1. Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran untuk menggunakan perkhidmatan carian pusara di laman web ini?

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

2. Di manakah perkhidmatan carian pusara disediakan?

Perkhidmatan carian pusara boleh dilakukan di dalam talian di laman web e-pusara ini. Selain itu, pengguna atau waris boleh ke tanah perkuburan Islam yang berkaitan dan mendapatkan perkhidmatan carian pusara di pejabat pengurusan kubur.

3. Bagaimana waris boleh meminda maklumat simati?

Waris boleh menghubungi pegawai yang berkaitan di Pejabat Pentadbiran Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di talian 03-61782530 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4. Bilakah waktu berurusan di pejabat pengurusan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah?

Pejabat pengurusan di tanah perkuburan Islam beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.

Pautan Pantas