Isnin 01/07/2024 : Alhamdulillah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kehadiran delegasi daripada Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Temerloh pada 01 Julai 2024 yang melibatkan Imam Besar Daerah Temerloh, Imam-imam Masjid Daerah Temerloh, Pegawai & AJK Surau Daerah Temerloh, Staf PAID Temerloh dan Cawangan Raudhatul Sakinah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.

Lawatan tapak ini dimulakan dengan menziarahi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Bukit Kiara 2 dan diteruskan lagi dengan lawatan tapak ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) KL-Karak 2 Taman Selaseh.

 

 

LAPORAN LAWATAN KE RAUDHATUL SAKINAH OLEH PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TEMERLOH

 

🔸Tarikh: 01/7/2024 (Isnin)

🔸Masa: 10.00am- 03.00 pm

🔸Tempat: TPIRS Bukit Kiara 2 & TPIRS KL-Karak 2 Taman Selaseh.

🔸Kehadiran: PAID Temerloh & Caw. Raudhatul Sakinah BPM JAWI

 

🔸Laporan:

 

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat terhadap pengurusan Raudhatul Sakinah yang berada di bawah seliaan JAWI seterusnya menjadikan ini sebagai satu contoh Tanah Perkuburan Islam untuk dilaksanakan di Daerah Temerloh.

 

Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan pendedahan dan panduan yang bersesuaian kepada PAID Temerloh untuk mewujudkan model tanah perkuburan Islam yang sistematik di daerah Temerloh.

 

Kira-kira jam 03.00 petang sesi lawatan TPIRS ini selesai dengan Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian PAID Temerloh untuk menjadikan TPIRS di Wilayah Persekutuan ini sebagai contoh dalam mewujudkan tanah perkuburan Islam sebagai kubur dalam taman.

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh:-

 

CAWANGAN RAUDHATUL SAKINAH

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Pautan Pantas