KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 4 Februari 1997 telah bersetuju bahawa harus didirikan masjid sekiranya cukup syarat yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan hendaklah dibina di luar kawasan perkuburan.