KEPUTUSAN
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Jan 2004 telah membincangkan Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Adalah harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau dharurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak; dan
- Adalah harus menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.