KEPUTUSAN
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah membincangkan Pengebumian Mayat Dalam Peti Yang Tertutup. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkebumian mayat dalam peti yang tertutup harus dilakukan dengan syarat muka simati dibuka dan tubuhnya dihadapkan ke arah qiblat.