Negara Asal: Malaysia
Pengarang: Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
Rujukan: Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Soalan
Bagaimanakah cara meletak seorang yang hampir mati?
Jawapan:
Apabila seseorang telah hampir mati dihadapkannya ke arah kiblat dengan menidurkannya di atas lambung kanannya jika boleh. Jika menjadi kepayahan maka di atas lambung kirinya. Jika kepayahan juga maka di atas belakangnya dengan dijadikan mukanya dan dua tapak kakinya ke arah kiblat.