Negara Asal: Malaysia
Tahun: 1988
Rujukan: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
Tarikh Diis: 1988 - 2000
Soalan
Bagaimanakah cara menguruskan jenazah tanpa pengenalan diri sama ada beragama Islam atau sebaliknya?
Jawapan:
Oleh kerana jenazah tersebut dijumpai di suatu tempat di pantai negeri ini dan jenazah itu tidak dapat di kenal pasti sama ada Islam atau tidak, maka sebagai langkah yang paling ikhtiat (paling terselamat) dalam pengkebumian jenazah tersebut ialah dengan memandikannya dan mengkapankannya kemudian disembahyangkannya atas dasar kalau dia Islam, dan di tanam di suatu tempat yang bukan perkuburan orang-orang Islam dan juga bukan perkuburan orang-orang kafir.