Negara Asal: Malaysia
Pengarang: Dato' Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
Rujukan: Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Soalan
Disebelah manakah kepala mayat hendak diletak ketika bersembahyang mayat?
Jawapan:
Disunatkan letak mayat laki-laki kepalanya sebelah kiri imam dan mayat perempuan kepalanya di sebelah kanan imam kecuali dalam masjid Madinah (Masjid An- Nabawi) bagi mayat-mayat perempuan kepalanya diletak di sebelah kiri jua.