Negara Asal: Malaysia

Pengarang: Dato' Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor

Rujukan: Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Soalan

Adakah warid amalan membaca al-Fatihah semasa membawa jenazah?

Jawapan:

Disunatkan bagi orang-orang yang mengiringi jenazah ke kubur mengingati kematian dan apa yang berlaku selepasnya atau membaca al-Quran (membaca Fatihah termasuk di dalam membaca al-Quran) dan berzikir dengan suara yang perlahan dan makruh mengangkat suara. Perbuatan sesetengah masyarakat Islam di sebelah sini iaitu mulai bergerak membawa jenazah dengan membaca Fatihah kemudian selepas beberapa langkah dibaca pula sekali Fatihah kemudian selepas beberapa langkah dibaca pula sekali Fatihah. Itu adalah suatu kebiasaan atau budaya yang pada pendapat jawatankuasa acara-acara itu tiada bercanggah dengan syara’.

Pautan Pantas