Negara Asal: Malaysia

Tahun : 1985

Pengarang: Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)

Rujukan: Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang

Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989, Jilid 1

Soalan

a) Apakah hukumnya mengadakan jamuan kepada mayat yang belum dikebumikan?

b) Apakah hukumnya pula membuat jamuan selepas mayat dikebumikan.

c) Adakah boleh di gunakan wang simati untuk mengadakan jamuan tersebut.

Jawapan:

a) Jamuan yang diadakan selagi mayat ada di rumah dan belum dikebumikan hukumnya adalah haram dan termasuk dalam bida'ah munkarah

b) Jamuan selepas mayat di kebumikan adalah di galakkan malah hukumnya sunat dengan syarat tidak harus dikaitkan dengan hari-hari malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke 14, ke 40, dan ke 100 hari. Jika dikaitkan dengan masa dari hari-hari tersebut, maka hukumnya adalah bidaah.

c) Semua jamuan yangdiadakan untuk simati jika tidak melibatkan harta anak-anak yatim atau hutang simati yang belum di jelaskan maka hukumnya adalah dibolehkan. Tetapi sekiranya ia melibatkan harta anak-anak yatim atau hutang simati yang belum di jelaskan, maka hukumnya adalah haram. Ini ad~lah berdasarkan kepada keterangan yang di dapati di dalam kitab

Pautan Pantas