Jabatan Mufti Melaka
Soalan
Dapatkah tuan memberi keterangan lanjut mengenai kawan sepasukan saya mati lemas, puas dicari oleh pasukan saya, juga penyelam dari Akademi Laut Malaysia tidak juga berjumpa. Bolehkah disembahyangkan gha’ib atas mayat atau tidak boleh?
Jawapan:
Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat si mati iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Tetapi bagi mayat yang hilang tidak dijumpai, tidaklah dapat disempurnakan ke atas mayat itu. Dengan itu, tidaklah boleh disembahyangkan jenazahnya, ini menurut kitab I‘anah al-Talibin, juz’ 2, muka surat 131 yang berbunyi: “Jika seorang yang hidup jatuh ke dalam lombong atau ke dalam laut dan tidak dapat dikeluarkan dan dimandikan, tidaklah disembahyangkan jenazah itu kerana tidak ada syarat-syaratnya atas qawl mu‘tamad.” Adapun sembahyang gha’ib iaitu sembahyang di atas mayat yang jauh tetapi telah disempurnakan jenazahnya.