KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 18 April 1984 telah bersetuju bahawa kubur-kubur terlebih dipindahkan ke kawasan penempatan semula demi menjaga keselamatan dan kehormatan mayat dan kerana kubur-kubur tersebut dalam kawasan yang ditakuti runtuh. 

Mesyuarat juga bersetuju wakil AJK fatwa dan wakil jabatan membuat lawatan ke kubur tersebut. Pihak urusetia juga perlu memaklumkan pihak dewan bandaraya agar proses mengganti atau membongkar kubur-kubur tersebut hendaklah dilakukan dengan perlahan-lahan kerana berkemungkinan masih ada lagi kubur-kubur lain yang masih wujud di situ. Sebelum melakukan pengbongkaran itu, pihak dewan bandaraya hendaklah memaklumkan kepada waris-waris si mati tersebut.

Pautan Pantas