KEPUTUSAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Feb 1989 telah membincangkan Pameran Khazanah Dari Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • "Pameran Khazanah Dari Kubur" oleh Muzium Negara yang melibatkan pameran barang-barang purba yang dijumpai di dalam kubur dan juga keranda mumia (bukan mayat mumia) boleh diteruskan; 
  • Mayat mumia tidak harus dipamerkan sama ada ianya Islam atau bukan Islam. 
  • Pameran barang-barang purba penemuan daripada kubur adalah harus, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. 
  • Pameran patung-patung adalah ditegah oleh Islam.

Pautan Pantas