Negara Asal: Malaysia

Tahun : 1983

Pengarang: Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)

Rujukan: Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang

Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989

Soalan

i) Bagaimanakah caranya meletakkan mayat lelaki atau perempuan semasa berada di rumah. Apabila kita mengadap qiblat, kepalanya di sebelah utara atau di sebelah selatan.

ii) Bagaimanakah cara meletakkan jenazah lelaki atau perempuan di waktu sembahyang jenazah? Kepala jenazah itu sebelah utarakah atau di sebelah selatan?

iii) Adakah doa yang tertentu dengan mengangkat tangan sesudah sembahyang jenazah?

Jawapan:

i) Cara meletakkan mayat ialah dengan meletakkannya menelentang, muka dan kakinya menuju qiblat dengan disunatkan meninggikan kepalanya. Nasnya: "dan di telentangkan akan dian dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak kakinya ke kiblat dan di tinggikan kepalanya sedikit dengan bantal dan barang sebagainya"(Sabil Muhtadin muka surat 24-26).

ii) Cara meletakkan mayat sewaktu di sembahyangkan ialah d~ngan kepala kaki di sebelah kiri Imam dan perempuan serta haknya di sebelah kanan Imam.

iii) Di sunatkan membaca doa dan mengangkat tangan selepas menyembahyangkan jenazah. Doa yang lazim di baca ialah:

Pautan Pantas