Negara Asal: Malaysia

Tahun : 1961

Pengarang: Dato’ Said Alwe b. Tahir al-Hadad

Rujukan: Mufti Kerajaan Negeri Johor

Tarikh Diisu: 1936 - 1961

Soalan

1. Berbahagialah saya untuk mendapatkan fatwa di dalam masalah seseorang Islam mati dengan sebab sakit cacar maka nasihat doktor tiada boleh dimandikan mayat itu melainkan air yang telah dicampur ubat dan disiram sekali atau dua kali sahaja dijauhkan daripada digosok badan mayat itu

2. Air yang digunakan ini harus pula berubah salah satu daripada tiga sifat kerana telah ditaruh ubat di dalamnya.

Adakah gugur fardu kifayah dengan sebab mandi yang seperti itu?

Jawapan:

1. Tiada boleh ditinggalkan daripada memandikan mayat (orang mati) sebab terkena penyakit cacar yang ditakuti menjangkit itu kerana syara tiada mengiktibarkan hal itu dan pula ketiadaan pasti ia menjangkit dan berlainan penyakit yang berjangkit dan bersalahan doktor pada mensabitkan sah menjangkitnya dan pada ketiadaan ham yang memandikan bagi setengah penyakit dan mati ham yang berpindah itu kemudian daripada mati orang sakit, maka semua hal-hal yang tersebut mambawa kepada satu fikiran yang tetap bahawa jangkit ini belum didapati satu dalil yang sekata baginya yang tiada boleh berkhilaf,padanya.

2. Dan adalah setengah orang alim beriktikad pada penyakit yang berjangkit itu adalah bergantung jua kepada barang yang tersembunyi yang tiada diketahui yang lain daripada jenis ham sebagaimana yang berlaku kemudian daripada peperangan besar yang pertama telah timbul merebak penyakit influenza (sejenis penyakit panas) di dalam satu masa di negeri-negeri yang berjauhan, berlainan udaranya dan berbeza kedudukan negeri-negeri itu bersalahan musim panas atau sejuk dan sebagaimana merebak penyakit al-Huma ad-Dimaghiyah (sejenis penyakit panas) di negeri Mesir dan Tanah Melayu yang telah berlaku baru-baru ini padahal kedudukan kedua-duanya negeri itu sangat jauh dan berlainan udaranya.

3. Telah sabit pada pendapat doctor-doktor sedunia adalah penyakit batuk kering itu sebahaya-bahaya penyakit yang menjangkit tetapi dia menjangkit juga kepada orang yang ada mempunyai persediaan tubuhnya daripada menerima penyakit itu dan penyakit yang menjangkit yang menjangkit pada mula terbitnya ialah memulai dengan tiada sebab jangkitnya seperti penyakit taun dan kolera.

4. Pada amnya, dalil yang memutuskan pertelingkahan itu iaitu hukum syara’ tiada mengiktibarkan dengan sebab jangkitnya itu sahaja kerana jika seorang telah terkena penyakit itu jarang ia kena dua kali istimewa jika dicungkil dengan masal (kuman) yang diambil daripada cacar manusia yang terkena penyakit ataupun boleh kena dua kali jika seseorang itu dicungkil dengan cungkilan cacar lembu. Maka orang yang telah kena cacar itu dapat satu manfaat (penahan) daripada terkena penyakit itu lagi sama sekali atau selama beberapa tahun. Dengan sebab itu dengan mudah boleh didapati orang yang telah kena penyakit yang ada di dalam dirinya pabila penyakit itu boleh ia menjalankan kewajipan wajib mandikan orang mati dengan penyakit cacar itu dan mengkafankan, meyembahyangkan,dan,menanamnya.

5. Sama ada mayat yang dimandikan menurut hukum syara’ atau tidaknya menurut hukum doktor tak diiftiyad mayat itu mesti dipegang dan dihampiri ketika ia sakit dalam rumah atau di hospital bagaimana jua mesti ditukar kain bajunya kerana dibasuh dan tak dapat tiada disentuh dan dihampiri ketika membungkusnya dan menanamnya. Kenapakah penyakit itu menjangkit pada setengah masa tidak menjangkit pada masa yang lain. Maka jika sekiranya dikehendaki menegah daripada menjangkit itu menghapuskan sama sekali nescaya lazim orang yang kena penyakit cacar itu dibuang ke tempat yang jauh daripada manusia sehingga tiada boleh dihampiri oleh seseorang jua sama ada ia mati atau hidup dan sewajibnya tiadalah dimasukkan dia ke dalam hospital dan tiada boleh dihampiri oleh doktor atau drisar-drisar kerana yang demikian itu boleh menjangkit menurut pendapat doktor-doktor.

6. Dengan sebab ada orang yang telah hasil di dalam dirinya pabila atau penahan daripada terkena penyakit cacar dengan sebab mereka itu telah pernah dihinggapi penyakit itu maka tiadalah gugur wajib memandikan mayat itu dengan apa jua hal daripada pihak bahasan dan daripada pihak yang dikatakan oleh ahli-ahli ilmu tabib zaman sekarang atau zaman dahulu dan barang yang mereka perbuat dan tiada gugur sama sekali hal memandikan mayat orang mati dengan sebab penyakit itu pada hokum.

7. Maka jika ada seseorang menyangka bahawa tabib itu terkhas ada mempunyai penahan penyakit itu tidaklah khadam-khadam di hospital dan drisar-drisarnya itu ada jua penahan yang khas itu? Atau berkata: bahawa doktor-doktor itu ada menggunakan ubat-ubat pada zahir dan batin yang boleh menahan jangkitan penyakit itu. Maka kita jawab: apakah yang menegah daripada batinj yang boleh menahan jangkitan penyakit itu. Maka kita jawab: apakah yangf menegah daripada menggunakan ubat bagi orang-orang Islam yang menjalankan kewajipan wajib memandikan mayat itu? Dan bagaimanakah penguasa-penguasa hospital memperbuat katil-katil dan tilam bekas orang kena penyakit cacar itu adakah dibakar atau Cuma dicuci dengan air ubat yang membunuh ham-hamnya? Maka apakah sebabnya tiada boleh disuci tangan orang yang memandikan mayat itu dengan air ubat itu? Dan bagaimana pula kita mengatakan pada orang-orang yang membantu doctor-doktor yang memegang alat cungkil cacar dan mencungkil manusia dengannya tidakkah yang demikian itu boleh menjangkit kepada mereka? Dan tidakkah mereka menghampiri ham-ham cacar itu kenapakah tidak ditegah daripada demikian itu? Sekiranya dijawab: bahwa mencungkil manudia dengan kuman cacar itu perkara yang tidak boleh tidak kerana menunaikan kewajipan maka kita jawab pula “demikian jua memandikan mayat yang terkena cacar itu satu perkara yang tidak boleh tidak kerana menunaikan kewajipan yang diwajibkan oleh syara’. Di dalam hokum syara’ ada dalil bagi menjauhkan yang sakit daripada sihat tetapi bukan am, ada nas-nas di dalam penyakit kusta dan kurap dan seumpamanya.

Nas-nas,ulama’:

1. Di dalam kitab al-Anwar juzu’ 1, m/s 116 baris 4 dan 5 ada menyebutkan demikian yang bermaksud: “Jika seseorang Islam terbakar jika sekiranya dimandikan (mayatnya) nescaya reput hancur ia tidaklah dimandikan dimandikan tetapi ditayammumkan dan jika ada padanya (mayat) itu kudis2 atau cacar hendaklah dimandikan tidak boleh ditayammumkan.

2. Dan tersebut di dalam kitab al-Majmu’ juzu’ 5 m/s 78 baris 3 dan 7 yang bermaksud: “Telah berkata pengarangnya (Imam Nawawi r.a) dan sahabat-sahabat jika keuzuran daripada memandikan mayat itu kerana ketiadaan air atau terbakar sekiranya dimandikan dia nescaya reput hancur tiadalah dimandikan tetapi ditayammumkan dan tayammum ini wajib kerana mensucikan yang tiada bersangkut paut dengan menghilangkan najis, dari sebab itu wajib diganti mandi berpindah kepada tayammum ketika ketiadaan air seperti mandi junub dan jika ada mayat itu bekas kena sengat yang sekira-kira dimandikan hancur ia atau ditakuti atas orang yang memandikannya hendaklah ditayammumkan bagaimana yang telah disebut tadi. Dan Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali dan lain-lain ulama daripada ulama Khurasan mengatakan bahawa jika ada pada mayat itu kudis-kudis dan ditakuti daripada memandikannya itu membawa segera hancur ia kemudian daripada ditanam wajib memandikannya kerana kesemuanya menuju jadi lembap hancur”. Daripada dalil-dalil yang di atas diketahuilah bahawa memandikan mayat itu wajib pada masalah orang yang mati terkena cacar dan tayammum itu wajib menggantikan mandi pada masalah mayat orang yang mati terbakar reput atau ditakuti reputnya. Adapun sebab saya memanjangkan pendahuluan fatwa ini ialah kerana setengah orang membangkang saya dengan hukum yang lain daripada hukum yang lain daripada hukum syara’ dan menyalahi nas-nas hukum syara’ sebagaimana yang terjadi pada masalah mengerat suatu alat perempuan sehingga perempuan itu tiada boleh mengandung selama-lamanya atau menggunakan alat2 perbuatan tabib yang menahan daripada hamil di dalam masa yang tertentu maka bukanlah masalah menahan beranak yang termaklum dinamakan “Azal” menahan mani atau merosakkan dia dengan sejenis ubat kerana seumpama ini “Azal” ada baginya hukum yang lain iaitu haram dengan ijma’. Telah diketahui menegah perempuan daripada mengandung itu adalah membawa kepada kurang zuriat keturunan dan mengurangkan bilangannya dan satu daripada sebab membanyakkan zuriat keturunan itu berkahwin menurut nas hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu nescaya kamu banyak”. Dan kita telah saksikan bertambah penduduk pulau Jawa daripada 20 milion di dalam bancian 1910 sampai kepada 40 million lebih pada masa sekarang padahal ada banyak kekurangan tentang alat kesihatan dan doktor dan mereka di dalam kepapaan, barangsiapa telah melawat tanah Jawa terutama Jawa tengah dan Jawa timur nescaya ia menyaksikan betul hal itu dan bangsa Jepun telah bertambah bilangan uamtnya daripada 40 million di dalam 1902 sampai 100 million lebih pada masa sekarang sekalipun mereka itu banyak yang kaya raya dan berkenaan dengan kesihatan bagus tetapi yang demikian itu tiada boleh ditetapkan bahawa yang bangsa Jepun itu jadi banyak kerana ia sihat kerana ada umat-umat yang sihat tiada jadi banyak dengan cepatr dan umat yang tiada sihat banyak dengan cepat seperti umat Jawa. Dari itu bukannya kesemua sihat sebab-sebab yang membanyakkan bilangan mereka, maka telah terang bahawa ada sebab-sebab yang lain daripada itu terlindung pada kita. Demikian jua bilangan bangsa Jerman tiap-tiap tahun bertambah hampir kepada satu million berlainan dengan bangsa Perancis di dalam hal kekayaan mereka mereka dan kesihatannya yang lebih daripada had batasan yang lazim dan kesempurnaan maka yang tetap zahir di sisi kita bahawa mengerat alat perempuan yang mengeluarkan zuriat satu sebab yang mengurangkan zuriat dan merosakkan anggota manusia maka iaitu haram seperti jua jika orang mengerti tempat mengeluarkan mani seperti diperbuat ke atas orang bangsa Negro yang dicuri masa dahulu kala dan dijadikan tebusan yang dinamakan “Khasa”. Maka perkara itu adalah dilarang oleh agama dengan keras firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 117-119 yang bermaksud: “Tiada diseru disembah oleh orang-orang kafir musyrik yang lain daripada Allah melainkan jenis berhala yang bersifat keperempuanan (seperti al-Lat, Uzza dan Manat). Dan tiada diseru disembah oleh mereka melainkan syaitan yang keluar daripada taatkan Allah yang telah dilaknat dijadikan daripada rahmat-Nya dan tleha berkata syaitan ini “Sungguhnya nescaya Aku jadikan hamba-hamba Allah itu bahagian yang diputuskan bagiku, Aku seru mereka itu kepada berbuat taat kepada Aku, Aku sesatkan mereka itu daripada jalan yang benar dengan was-was dan Aku masukkan ke dalam hati mereka angan-angan seolah-olah mereka hidup kekal dan tiada dibangkitkan dari dalam kubur dan tiada dihisab, dan Aku perintahkan mereka itu maka mengerat mereka itu telinga-telinga binatang dan mengubahkan kejaidan Allah, dan barangsiapa menjadikan Syaitan itu wali yang ditaatinya tiada hiraukan Allah taala nescaya teranglah ia di dalam kerugian besar maka teranglah daripada dalil ini menegerat telinga binatang itu berdosa besar dengan kehendak Iblis tetapi rupanya Iblis malu menyebut kerat anggota perempuan itu.

Pautan Pantas