Banyak pengajaran yang kita dapat dalam hal mengurus atau mengendalikan jenazah. Lebih-lebih lagi jika kita tahu apa yang berlaku kepada jenazah atau mayat di alam roh. Dalam sebuah riwayat menyatakan, tatkala roh berpisah dari tubuh, maka jasad itu dipanggil mayat.  Lantas ia pun dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan.

Panggilan Pertama: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?
 
Panggilan Kedua: ”Wahai anak Adam, wahai mayat! Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu?”
 
Panggilan Ketiga: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Apakah kamu mematikan dunia atau dunia mematikan kamu?
 
Ketika Jenazah Hendak Dimandikan






 
 
Ketika mayat atau jenazah diletakkan di suatu tempat dengan tujuan untuk dimandikan, maka diapun dipanggil lagi dengan tiga kali panggilan.
 
Panggilan Pertama: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Di manakah tubuh badan mu yang kuat? Bukankah sekarang engkau telah menjadi lemah?”
 
Panggilan Kedua: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Di manakah mulut kamu yang bercakap? Bukankah sekarang kamu menjadi diam?”
 
Panggilan Ketiga: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Di manakah kekasih kamu semuanya. Bukankah mereka semua sedang mengasingkan kamu?
 
Ketika Jenazah Diletakkan Di Tempat Kafan
 
 
 
Ketika mayat atau jenazah diletakkan di tempat untuk dikafankan, ia akan dipanggil dengan tiga kali jeritan.
 
Panggilan Pertama: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal.”
Setelah mayat dikafankan, dan dibawa keluar dari rumahnya, mayat itu dipanggil lagi.
 
Panggilan Kedua: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Keluarlah kamu dari rumah ini dan kamu tidak akan kembali lagi.
 
Panggilan Ketiga: ” Wahai anak Adam, wahai mayat! Naiklah kuda!”
Bererti orang yang mati itu mulia. Naik kuda bererti kamu tidak akan naik seperti ini buat selama-lamanya. Akan tetapi setelah kamu sampai ke kubur, kamu akan diseksa setimpal dengan kesalahan kamu.
 
Ketika Jenazah Di Atas Usungan
 

 
Ketika mayat itu berada di atas usungan, maka ia dipanggil lagi dengan tiga kali jeritan.
 
Panggilan Pertama: ” Wahai anak Adam, Wahai mayat...! Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.”
 
Panggilan Kedua: ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik.”
 
Panggilan Ketiga: ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! Sangat berbahagialah kamu jika sahabatmu dalam keredhaan ALLAH, dan celakalah kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai ALLAH.
 
Ketika Jenazah Berada Di Sisi Kubur
 

 
Apabila mayat atau jenazah itu sudah berada di sisi kubur, maka diapun dipanggil dengan tiga kali jeritan.
Panggilan Pertama: ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! Bukankah kamu menambah damai di tempat yang sempit ini?”
Panggilan Kedua, ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! sukakah kamu kami bawa ke tempat kefakiran ini?”
Panggilan Ketiga: ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! Bukankah kamu membawa cahaya di tempat yang gelap ini?”
 
Ketika Jenazah Diletakkan Di Liang Kubur.
 
 
 
 
Ketika mayat atau jenazah itu diletakkan di liang kuburnya, maka dia dipanggil dengan tiga kali jeritan.
Panggilan pertama: ” Wahai anak Adam, wahai mayat...! Kamu di atas punggungku (di atas bumi ketika masih hidup) bersenda gurau tetapi kamu dalam perutku akan menangis.”
Panggilan kedua: ” Kamu di atas punggungku bergembira ria, tetapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.”
Panggilan ketiga: ” Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tetapi kamu dalam perutku menjadi diam.”
 

 
 
 
 
DISUNTING
CAWANGAN KEBAJIKAN ISLAM
BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
2011

 

Pautan Pantas